Semalam
di majlis akad nikah. Terharu tengok si ayah menangis tika meminta izin
untuk menikahkan anaknya. Teringat saat sebelum dinikahkan, abah datang
dan kata, "..Kakak, abah nak minta izin untuk nikahkan kakak.." Hu hu,
hanya mampu mengangguk terharu. Terasa seakan selepas ini akan terpisah
jauh dari mereka. Tapi sebenarnya TIDAK. Bahkan sebenarnya Allah
anugerahkan 2 mak & 2 abah dengan perkahwinan ini. Alhamdulillah
(^____^).
Tidak mudah seorang ayah untuk menyerahkan puteri jagaannya melainkan kepada lelaki yang dia percaya & yakin mampu melindungi puterinya sebaik ataupun lebih baik darinya. InsyaAllah, saya yakin dengan keyakinan abah & pilihan Allah!

No comments:
Post a Comment