Assalamualaikum..
Ehem.. silalah baca elok-elok gaya
dan intonasi tajuk di atas ya, kang lain pulak maksudnya, pastikan anda
tak tertinggal tanda koma (,) tu.. (^_*)
Ok,
tajuknya paling diminati ramai, lebih-lebih lagi bagi yang berusia 20
lebih. Tapi yang lagi kritikal, bila umur dah 23 ke atas, umur-umur
yang orang kata, sesuai sangatlah nak berumah tangga. Topik inilah, saya
bincangkan bersama kawan saya semalam, dalam perjalanan pergi mesyuarat
persatuan (topik wajib, terbawa-bawa sampai dalam usrah.. hi hi)
Sebelum
tu saya ingatkan, apa yang tercatat di sini adalah pandangan saya
semata-mata, kecuali hadis dan petikan ayat Al-Quran yang saya sertakan.
Jadi kalau ada sebarang kesilapan, sayalah yang bertanggungjawab
sepenuhnya, insyaAllah.
Bila dah umur 23 ke atas ni
(saya atas sikit je.. he he), boleh kata setiap bulan ada saja jemputan
kenduri kawen, kalau tak pun kawan-kawan hebohkan tentang majlis
pertunangan mereka. Yang dah kawen, terjentik hati bila kawan-kawan
bagitahu bakal dapat ahli keluarga baru (baby). Dalam hati kata, "aku
bila lagi?" Yang dah bertunang pulak rasa tak sedap duduk bila
kawan-kawan yang dah bertunang, umum nak kawen. "Tak sabar tunggu
giliran aku pulak". Yang single but not available dengan status 'in relationship' pun dah tak tenang, "Bila la pinangan nak datang". Yang memang jelas-jelas status single lagi tak sedap hati,"Oh, dimanakah dikau pujaan hati?" (oh ni semua kata-kata hati wanita ya, lelaki tak kot..)
Perkahwinan
ni bukan sesuatu yang mudah dan boleh di ambil ringan (bukan saya
cakap, orang yang dah kawen cakap, sebab saya tak kawen lagi). Bukan
boleh ditangkap muat, bukan macam pilih ikan kat pasar, atau baju kat
kedai. Perkahwinan bukan saja penyatuan 2 hati, 2 insan tapi juga 2 buah
keluarga. Sebolehnya kita nak kawen sekali saja, sebab tu kena pilih
betul-betul. Dengan dialah kita akan hidup sepanjang hayat kita, tinggal
sebumbung, makan sepinggan, tidur sebantal, pendek kata semuanya together-gether la, eh silap hampir semua.
Bukan
tu saja, kalau boleh selain sayang kat kita, dia sayang jugak pada mak
ayah kita, adik-adik dan saudara kita, macam kita sayang mereka (dan
kita pun kena anggap macam tu juga pada keluarga dia). Yang boleh senang
sama-sama, susah pun sama-sama. Yang boleh duitmu duitku juga, hartamu
hartaku juga (kalau hartaku, hartaku lah juga?? he he jangan begitu ya)
Bukan
senang nak cari orang yang boleh dan sanggup terima segala kelemahan
kita (kelebihan tu bonus), kalau tak percaya tanya yang dah kawen tu.
Dan kalau yang dah ada calon pun, tak senang juga nak berhijrah dari
alam single kepada berdua ni. Ada yang dah ada calon, tapi mak
ayah pulak tak berkenan. Ada yang mak ayah berkenan, kewangan pulak tak
mengizinkan. Macam-macam..
Buat yang berstatus single and available tu,
jangan risau kalau masih tak berteman, sebab Allah dah catatkan
segala-galanya, baik jodoh mahupun ajal kita. Dah ditetapkan siapa dia
yang akan jadi pendamping kita di dunia (harap-harap hingga akhirat),
bila tarikhnya, di mana, semualah. Jadi jangan risau, bukan anda tak
laku, bukan tak cantik (cantik tu abstrak ya) tapi MASAnya belum tiba.
Allah nak suruh anda persiapkan diri dulu, mantapkan diri dulu, belajar
ilmu-ilmu sepatutnya, kenal semua 'radas-radas' di dapur, khatam semua
buku-buku menu, kalau ada tambahan, segala jenis baju dah boleh jahit
sendiri, cakap je baju kurung, kebaya, baju melayu johor, teluk belanga,
cekak musang.. fuh macam ni sah-sah menantu kesayangan mertua.
Dan yang
paling utama, ilmu agama kena mantap, cemerlang. Kita wanita (tak de
lelaki kot baca ni..) ketua di rumah, uruskan suami, anak-anak, dan
sedikit sebanyak kenalah tahu apa yang terbaik untuk rumah tangga kita
mengikut Islam (kenapa rasa macam kaunselor rumah tangga dah ni??).
Percayalah, hanya agama yang akan membawa bahagia, bukan harta dan
kemewahan. Jadi, jangan risau ya. Bentengkan diri dengan akhlak yang
mulia, insyaAllah akan sampai ketikanya si kumbang datang memetik si
bunga, kot-kot ada yang dah tengah intai-intai anda, kan? (^_*).
Banyak
doa, semoga Allah kurniakan pasangan yang boleh bimbing kita dan
keluarga ke syurga. Ada pada status 'drama sebabak' saya sebelum ni kan,
jaga cintamu hanya untuk yang berhak, nanti dah kawen nak cakap kat
dia,"Cinta saya tak pernah untuk kawan lelaki, pakwe atau tunang, cinta
saya untuk awak seorang, suami saya yang sah, awak dapat 100% cinta
saya, tak kurang!"
Untuk yang berstatus single but not available pulak,
berhati-hati dengan ORANG KETIGA yang ada dalam perhubungan kamu. Ha?
Orang ke-3? Perampas ke? Perosak hubungan kami ke? Nak kata orang tu tak
orang jugak la, makhluk Allah yang bernama SYAITAN! Kerja dia nak
sesatkan orang je, pastu di akhirat dia berlepas tangan, boleh pulak dia
kata, "sape suruh kau ikut aku?" Pulak dah.. waktu tu dah nak menyesal
pun tak guna. Bentengi diri daripada maksiat, Allah dah tegah, katanya
"Jangan hampiri zina".
Senang cerita macam ni lah, kawen saja. Senang
nye cakap suruh kawen.. Yalah, daripada terus macam tu. Tak pe je
sebenarnya kalau tak takut Allah murka, buatlah sesuka hati. Kalau
tenung pakwe lama-lama, dapat dosa, tapi kalau renung suami dengan rasa
kasih, dapat pahala. Kalau sms pakwe dapat dosa, tapi sms kat suami
dapat pahala ibadah lagi. Kenapa? Ingat ibadah tu, solat saja ke? Iskh
syurga isteri bawah tapak kaki suami, sebab tu kalau gembirakan dia
dapat pahala. Ha, kan kata, best kan, jadi kawen jelah senang.
Kalau tak
mampu? Kalau belum mampu lagi, jarakkan diri dulu, persiapkan diri
hingga mampu, terutamanya lelaki. Nak sunting anak dara orang, mestila
sungguh-sungguh, kewangan kena stabil, ilmu agama kena ada, sentiasa top-up,
besar tanggungjawb nak pikul ni.Kalau dia di ambil orang? (ni lelaki la
kot biasa tanya)..
Alahai, Allah dah tetapkan nama siapa ada atas
borang nikah kita sebagai pengantin perempuan/lelaki. Kalaulah kejar
sangat Minah, tapi sebenarnya Allah kata Bedah, maka sampai ke sudah pun
takkan dapat Minah, balik-balik sangkut pada Bedah jugak. Kalau Allah
tetapkan dengan Ali, walau ke kutub selatan pun Ali lari, insyaAllah
akhirnya dok depan tok kadi juga, jabat tangan dengan ayah kita.
Kesimpulannya, yakin dengan Allah, tapi tak bermaksud duduk saja, tunggu
bulan jatuh ke riba, usaha la dengan cara yang Allah redha.
Yang dah status engaged,
ingat ya, cincin di jari bukan passport atau tiket nak mengusung dan
diusung ke mana-mana. Ada batas yang perlu dijaga. Jangan mulakan
bahtera perkahwinan dengan sesuatu yang mencemarkan, takut-takut nanti
kurang keberkatan. Ini masa terbaik, tambah ilmu berumah tangga, ilmu
agama, dan kemahiran-kemahiran yang difikirkan perlu.
Akhir sekali, yang dah married,
Alhamdulillah. Anda dah melengkapkan separuh agama. Banyak
tanggungjawab dah terpikul sekarang. Dulu masak, makan sorang-sorang,
sekarang kena masak untuk berdua. Dulu basuh baju 2,3 bakul untuk
sorang, sekarang dah bertambah la agaknya. Saya tak pandai nak ulas ni,
tak ada pengalaman, karang tersalah cerita pulak, haru. Tapi bila
berkeluarga, saya yakin tolak ansur, kasih sayang paling penting,
selain suburkan rumah dengan amalan-amalan agama, baru sejuk je rumah
tangga, insyaAllah.
Bagi lelaki, keluarganya tanggungjawab utama, amalan
melepak di kedai mamak tanpa arah tujuan dah kena kurangkan, jangan
lupa terapkan agama dalam keluarga (rasa macam menteri pembangunan
wanita dan keluarga pulak). Isteri pun macam tu, ingat syurga di bawah
tapak kaki suami, taat dan patuh selagi tidak melanggar suruhan agama.
Ok
la, penat dah rasa jari ni. Eh, pastu apa pulak kaitan dengan tajuk kat
atas tu? Alah senang, kalau rasa dah cukup bersedia, cakap je kat mak..
"Mak, saya nak kawen.."
Maaf, salah silap (^_*)
Wassalam..
p/s: hik..hik..hik.. rasa lawak pulak baca entri ni, ni entri masa bujang trang tang neh.. he he.. sekarang..
Alhamdulillah... (^_^)
No comments:
Post a Comment