Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, October 27, 2009

Damailah ayah di sana...

Assalamualaikum...

Hari yang cerah dan mendamaikan pagi ni disentak dengan berita sedih dan mengejutkan.. mentari petang seolah turut memahami kepiluan seorang anak.. suram, mendung dan muram..

Usai AGM tadi, hati mulanya seronok, majlis berjalan lancar, dengan kehadiran 'ayahanda' dan 'bonda' yang turut sama memberi sokongan dan kata-kata semangat buat anak-anak pimpinan baru 2009/2010.. semoga mereka semua (dan saya juga) dipilih Allah untuk meneruskan perjuangan dakwah dan menjadi rantai-rantai penyambung perjuangan ini..

Sebagai reward pada diri sendiri dan adik-adik, saya belanja mereka makan nasi ayam.. seronok berbual dan berceloteh.. sehinggalah berita sedih itu singgah di inbox handset saya..

Dia : Salam, kak ayu.. ayah huda dah meninggal dunia, pukul 1.30 tadi.. huda dalam perjalanan balik ke Johor, tak sempat pun nak jumpa arwah..harap akak tolong sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah ya..

Saya terpaku membaca mesej yang diterima... terus saya menaip balasan..

Saya : Salam huda.. takziah dari akak.banyak-banyak sabar dan tabahkan hati ya

Dia : Terima kasih kak ayu, insyaAllah huda cuba tabahkan hati

Saya beristighfar, bertasbih, bertahmid, bertakbir menyebut namaNya.. dan terus hadiahkan Al-Fatihah buat ayahnya..

Ingat lagi tak entri saya sebelum ni, tentang kisah seorang anak yang begitu bersemangat untuk menghadiahkan kejayaaan kepada ayahnya yang menghidap kanser... dialah anak itu.. beberapa hari lepas saya mendengar dia bercerita tentang azamnya, iltizamnya untuk ayahnya yang tersayang.. dan hari ini, saya dengar lagi khabar darinya, tapi kali ini khabar duka pemergian insan yang teramat dikasihinya..

Mungkin dan saya pasti dia agak terkilan kerana belum sempat menghadiahkan kejayaan yang diimpikan ayahnya.. namun saya amat berharap anak kental ini akan meneruskan usahanya, cita-citanya walaupun tanpa kehadiran ayah di sisi.. saya berharap dia terus tabah.. saya berharap dia terus tekun dan gigih untuk mengejar cita-citanya..

Walaupun si ayah belum sempat melihat si anak berjaya, namun yang pasti perginya si ayah telah meninggalkan semangat juang yang tegar buat anaknya..semoga semangatnya sekental semangat si ayah yang berjuang melawan penyakitnya.. Semoga semangat yang ditinggalkan di dalam diri anak ini akan terus menemani dan mendorongnya untuk terus berjuang di medannya sendiri..

Alangkah mulia dirimu ayah, walau kau tahu tiada apa yang mampu kau titipkan buat anakanda tercinta, namun dalam kepayahanmu, dalam kesakitan yang terpaksa kau tanggung, masih kau sempat mengiringi langkah anakmu dengan doa, masih kau sempat meninggalkan pesan yang akhirnya menjadi tiupan semangat yang kencang, berlari, menderu dan bersatu dalam jasad dan jiwa si anak.. semoga dirimu aman di sana, dan semoga anakmu terus berusaha, menunaikan amanat si ayah, yang telah jauh meninggalkan dunia... Damailah.. damai ayah di sana..

Sungguh, kematian itu adalah pasti, janji Allah adalah pasti, azab kubur adalah pasti, hari akhirat adalah pasti, syurga adalah pasti dan neraka juga adalah pasti.. namun, pastikah kita ini akan termasuk dalam golongan yang matinya dalam husnul khatimah? pastikah kita ini akan mendapat janji-janji dan berita gembira dari Allah? Pastikah kita ini akan mendapat keringanan dari azab kubur? Pastikah kitaini akan mendapat perlindungan di hari akhirat? Pastikah kita ini akan dapat memijakkan kaki ke syurga Allah dan apakah kita pasti akan dijauhkan dari azab api neraka???

Semoga episod kematian yang berlegar-legar di sekeliling kita akan membawa kita mengingati akan hari kematian dan seterusnya mendekatkan diri kita kepada Allah, insyaAllah...
p/s: mohon hadiahkan Al-Fatihah buat arwah, semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..

Wassalam

Saturday, October 24, 2009

guru..cikgu..ustaz..muallimah..pensyarah..

Assalamualaikum...

Jari jemari masih mampu bertarian melangkah kemas di papan kekunci, sepasang mata masih mampu melirik jelas ke muka skrin, telinga 2 berpasangan masih mampu mendengar deruan angin malam, seulas bibir masih mampu menguntum senyuman penyeri kehidupan, kedua belah kaki masih mampu berpijak di bumi Tuhan.. maka apakah patah kata selayak Alhamdulillah.. pujian kesyukuran kepada Allah atas segala nikmatnya buat diri ini... Hati dan bibir juga bersatu menghimpun butir-butir keampunan kepada Ilahi, atas kelalaian diri terhadap tuntutan kepada yang Maha Pemberi.. Semoga Allah mengampunkan kekhilafan diri ini..

Babak demi babak dalam 'drama' kehidupan saya terus bersambung.. dan saya masih menjadi salah seorang 'watak' nya.. mungkin watak yang utama, mungkin sekadar tambahan saja.. saya ingin mengajak anda bersama saya dalam episod ni, anda sudi??

Kisahnya begini...Pagi tadi.. Hari ini..

Dok khusyu' (ye ke khusyu'?) menelaah buku tentang Resource-based Theory, telefon saya tiba-tiba berlagu riang.. saya tengok skrin, nombor tak dikenali.. lalu saya tekan butang hijau..

Saya : Assalamualaikum..

Dia : Waalaikumussalam.. Ayu, kak Farid ni.. Ayu ada kerja ke hari ni?

Saya : Oh, kak farid.. saya tak ada apa-apa plan hari ni.. ada apa kak..

Dia : Akak nak pergi Sungai Petani, ada program ABJZ (Anda Bijak Jauhi Zina) Ayu nak ikut tak?

Saya : (Rezeki ni, Allah nak ajar saya 'subjek' baru..) Nak.. nak.. nak ikut kak farid..

Dia : Ok, pukul 12 akak datang ambil ya

Saya : (mengerling ke jam.. dah pukul 11.30..) Ok..ok.. nanti saya siap, pukul 12 kita jumpa ya InsyaAllah

Dia : Ok, akak nak jemput cikgu kat sekolah akak dulu..

Mmm... itulah permulaan kisah ini.. Watak-wataknya, 3 orang pendidik.. (mm...saya pun pendidik jugak, tapi pendidik yang masih 'goyang kaki' setakat ni) Duanya ustazah, seorangnya madam (cikgu English) dan saya (mm...'cikgu' Operation Management yang terima gaji 'free' dengan hanya pergi punch card je hari-hari...he..he.) opss lupa, 'unta tunggangan' kami.. si anggun menawan Grand Livina yang putih melepak, masih 'dara sunti'.. baru 7 bulan menyusur ayu di jalanan..

Perjalanan dari bumi Sintok ke Sungai Petani ini benar-benar menginsafkan saya, kesyukuran yang tidak terhitung saya panjatkan dari awal melangkah ke 'perut' Livina, saat perjalanan bermula hinggalah saat ini, saat abjad demi abjad, huruf demi huruf dirangkum menjadi patah-patah perkataan di skrin ini..Sungguh saya lah seego-ego insan, seingkar-ingkar manusia, sekiranya setiap detik, setiap saat perjalanan hidup ini tidak menjadikan saya hambaNya yang bersyukur.. Moga dijauhkan Allah dari bersifat sedemikian..

Perjalanan saya kali ini ditemani dengan pelbagai hikmah dan pengajaran.. saya kalah dalam berkata-kata, maklumlah.. semuanya cikgu.. dok biasa bercakap setiap hari di sekolah.. pelbagai isu tentang pelajar mereka bincangkan, sesekali saja saya menyampuk.. selebihnya saya mendengar...rintihan dan keluhan bertali arus.. bukan mengeluh kerana mereka jemu mendidik anak bangsa, bukan merintih kerana mereka kecewa mengajar pewaris negara.. tapi mereka sebetulnya risau, bimbang dan tak keruan memikirkan sikap para pelajar, yang semakin hari semakin hilang jati diri, hilang kecintaan terhadap ilmu, malah semakin 'parah' terkena 'virus-virus' perosak akhlak.. nilai, adab dan moral seorang pelajar terhadap guru semakin terhakis..

Dalam saya mendiamkan diri, saya cuba memahami, dan akhirnya baru saya mengerti, susahnya tugas sebagai pendidik ni... bila terlalu garang, pelajar kata guru tidak punya hati.. bila terlalu lembut, kepala guru pula dipijak-pijak, didaki-daki.. padahal guru bertegas kerana nak membentuk peribadi, guru berlembut kerana ingin memujuk dan menunjuk kepada yang keras hati.. ada pelajar yang sibuk complaint tentang cikgu... cikgu macam ni, cikgu macam tu, cikgu patut buat macam ni, cikgu tak patut buat macam tu.. kecil hati si guru, anak didiknya merendahkannya di hadapan umum, tapi demi kasihnya pada anak bangsa ini, dia gagahkan diri menguntum senyum semanis madu, walaupun hakikatnya dia umpama menelan pahitnya hempedu..

Aduhai anak murid kesayangan guru, mana adabmu kepada si pemberi ilmu? Bukankah engkau laksana 'penjejak' permata ilmu.. sedang mereka umpama 'gedung' simpanannya? Wajarkah engkau 'bakar' gedung itu, sedangkan apa yang engkau cari ada didalamnya? Jadi bagaimana mungkin akan kau temui permata itu, sekiranya tempat simpanannya sudah kau musnahkan.. Ya mungkin akan kau temui saki-bakinya disebalik runtuhan itu, tapi tidak lah ia sebanyak yang sebenarnya ada di dalam 'gudang' yang kau bakari itu..

Bila peperiksaan hampir tiba, guru-gurulah sibuk mengumpul kertas peperiksaan tahun sebelumnya, pelajar hanya menerima.. setelah itu, guru jugalah menganalisis soalan-soalan lalu, pelajar hanya menunggu.. peperiksaan tinggal beberapa waktu, guru ditanya bab mana yang perlu ditumpu, bila guru kata tak tahu, baca semua yang perlu, guru dikata tak nak membantu.. bila guru bagi soalan jangkaan, mula-mula pelajar bersorak kesukaan, tapi bila soalan yang diramal tidak menepati sasaran, guru jugak yang menjadi cemuhan.. kesian guru, asyik-asyik jadi mangsa keadaan..

Tengoklah, lihatlah betapa kasihnya guru, walaupun diluar kawasan sekolah, walaupun setelah tamat waktu pembelajaran, isu tentang pelajar masih jadi bualan, masalah-masalah pelajar terus dalam fikiran.. siapa kata guru tak sayang anak didiknya?? Marah guru bukan benci, marah guru kerana menasihati.. Garang guru bukan menyakiti, garang guru kerana menyayangi.. Saya termenung panjang, begini rupanya cabaran si pendidik.. bukan calang-calang yang mampu bertahan dan bersabar.. Allah kurniakan guru dengan ketahanan, kekentalan mental dan emosi yang tinggi..

Jangan lah kita sekalipun pernah untuk bersangka buruk pada para guru, mereka tidak pernah meminta imbalan yang tinggi untuk usaha mereka.. sekalipun mereka dibayar untuk mendidik, tetapi 'roh' pendidik mereka tidak pernah membenarkan mereka meletakkan bayaran untuk tugas murni ini.. hakikatnya, bayaran bulanan yang mereka perolehi saban tahun tidak sesekali mampu menandingi pengorbanan mereka mendidik anak bangsa.. sebagaimana ibu bapa menginginkan si anak berjaya dalam hidup, begitulah juga para pendidik ini.. terharu saya bila mereka saling bertanya, kita guru kah yang bersalah, bila anak-anak remaja terjebak dengan keruntuhan akhlak dan moral? Didikan kita kah yang tidak berkesan hingga anak-anak ini kecundang dalam hidup mereka? Wahai anak didik kesayangan guru, pernah anda selami hati dan perasaan guru-guru ini? Pernah anda lihat betapa mereka bersusah payah untuk anda? Pernah anda cuba untuk hargai pengorbanan mereka mendidik anda?

Kesyukuran saya tidak terhingga, tidak pernah sekali dalam hidup saya, mendengar rintihan dan luahan tulus seorang guru.. sepanjang 23 tahun ini, tidak pernah.. hinggalah hari ini, peluangnya tiba, setelah saya sendiri hampir menamatkan status sebagai pelajar.. semua ini buat saya kembali merenung dan berfikir, sehebat manapun seorang insan itu, pada episod kehidupannya pernah ada catatan jasa seorang guru.. samada guru secara formalnya atau yang mendidiknya secara tidak langsung.. pasti ada seorang guru disebalik kisah kejayaan seseorang itu..

Buat semua yang telah, sedang dan akan bergelar anak didik kepada mana-mana guru, hormatilah gurumu, kasihi mereka sepertimana engkau mengasihi ayah bondamu.. nescaya engkau akan dapati keberkatan dalam ilmu.. jangan sesekali mencemuh guru, walau pada pandanganmu dia begini atau begitu.. bukankah guru juga insan sepertimu? Punyai kelemahan dan kekurangan yang perlu diaku...

Kenanglah selalu jasa guru-guru ini.. tidak sukar sebenarnya, doakan saja mereka seusai solat kita.. Sungguh, saya terpaku pada kenikmatan yang Allah beri pada saya di perjalanan 2 jam ini.. Nikmat memahami guru..biar apa pun gelaran kita pada mereka.. guru, cikgu, sir, madam, miss, ustaz, ustazah, pensyarah, muallim, muallimah... atau apa-apa saja... mereka adalah sama, merekalah insan yang bukan sedikit mempengaruhi dan menyumbang dalam episod kehidupan kita.. oleh itu, mari kita bertekad hari ini, untuk setiap hari menghadiahkan mereka dengan seuntai doa, semoga Allah sentiasa merahmati dan meredhai guru-guru kita, di mana saja mereka berada.. Terima kasih duhai guruku..

p/s: ni baru 'subjek baru' dalam si jelita Livina.. belum lagi di tempat program ABJZ.. Sungguh Allah tidak mentakdirkan sesuatu dengan sia-sia..

Semoga bermanfaat untuk sesiapa saja yang 'singgah' di sini..

Wassalam..

Thursday, October 22, 2009

...ayah saya sakit KANSER..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, mentari hari ini bersinar lagi, tanda bermulanya hari baru selepas hari semalam.. menandakan juga Allah masih memberi peluang kepada kita semua untuk memperbaiki diri, memantapkan iman.. semoga saki baki hidup ini dimanfaatkan sepenuhnya insyaAllah...

Saya nak kongsi satu kisah... mm kisah lagi, mungkin ada yang dah muak dengan cerita-cerita saya?? Tapi saya rasa sebaliknya, setiap hari bila Allah memunculkan kisah-kisah yang baru dalam episod hidup saya, saya rasa amat-amat bersyukur, datang lagi pelajaranMu buatku ya Allah.. dan bila episod ini berlangsung, saya tercari-cari hikmahnya.. macam penyiasat lebih kurang, menyelidik, mengkaji, mencari bukti dan jejak.. apa yang Allah cuba sampaikan pada saya..kenapa saya? kenapa tidak kepada orang lain? dan hasilnya biasa tidak mengecewakan.. syukur padaMu yaAllah.. Saya rasa kehidupan saya sangat bermakna dengan warna-warni, suka duka, peristiwa yang berlaku dalam hidup saya, kadang-kadang saya jadi 'pelakon pembantu' saja, kadang-kadang saya jadi 'saksi kejadian' dan tak terkecuali, saya juga jadi 'watak utamanya'.. saya percaya semuanya bermanfaat untuk saya.. apa kata anda juga turut memegang watak dalam kisah ni.. mungkin watak 'pemerhati bebas' ? mana tahu kisah ini juga bermanfaat untuk anda.. insyaAllah.. itulah tujuannya saya catatkannya di sini.. kita kongsi manfaatnya yea..

Ouh ya, sebelum bermula.. nak bagitau awal-awal, kisah ni ringkas saja, tapi skripnya agak panjang... nampaknya hanya yang betul-betul nak jadi 'pelakon tambahan' dalam cerita ni saja akan berjaya menyudahkan bacaan..

Baru-baru ni, ketika saya dok membelek artikel-artikel untuk persediaan perbincangan dengan supervisor (SV), satu mesej masuk ke inbox handset saya.. diikuti mesej-mesej balasan yang berselang ganti antara saya dengan dia..

Dia : Salam, kak...nak tanye

Saya : ya dik, ada ape

Dia : saya nak mintak nasihat dan tips belajar dari akak..saya study ikut cara saya dari sem 1 dulu, tapi saya rasa ada silap kot coz selalu tak boleh lepas pointer 3.5... saya nak ubah cara saya tu dan kalau boleh biarlah sem last ni saya dapat apa yang saya inginkan dari dulu, saya nak improve dan lepaskan diri saya dari barrier yang menghalang saya untuk berjaya, saya nak gembirakan ayah saya yang tengah sakit sekarang dan nak hadiahkan kejayaan kat dia.. do you mind sharing your way of study with me? saya tak kisah pun kalau cara akak susah. saya betul-betul nak berjaya! akak nasihatkan saya boleh?

Saya : is this your last sem, dear?

Dia : yes, it is.. i really hope i can do something for him.. ayah saya sakit kanser for years, dah terlalu kurus sekarang, akak pun lagi besar dari dia..dia selalu cakap nak tengok saya berjaya. i really hope this year i can make it! saya nak berubah

Saya : agak susah nak explain melalui sms ni, can you give me your email? nanti akak reply yea..

Begitulah permulaan ceritanya.. lalu saya terus menaip balasan ke emailnya...


Assalamualaikum, huda..

sorry lambat reply..

first of all, akak sangat bangga dengan huda, punya semangat tinggi untuk hadiahkan kejayaan kepada ayah tersayang.. akak rasa huda dah penuhi syarat pertama untuk berjaya. KEINGINAN.. huda ada keinginan, malah keinginan yang tinggi dan bersungguh-sungguh untuk berjaya..akak pun dulu macam tu, dari sebuah KEINGINAN, lahir usaha yang bersungguh-sungguh, alhamdulillah dengan izin Allah, impian akhirnya tercapai..

akak juga terharu, huda sanggup buat apa saja, walaupun susah, demi seorang ayah.. akak pun tak pasti, kalau akak ditempat huda, apakah akak akan sekuat huda.. tapi akak yakin, huda kuat dan huda mampu berjaya, sebab tu Allah takdirkan huda untuk berada disini sekarang, merasai kesusahan sebegini..

macam akak kata tadi, huda dah pass syarat pertama, iaitu ada keinginan yang kuat utk berusaha dan berjaya.. tinggal sekarang, macam mana nak jadikan kekuatan keinginan tu untuk menggerakkan usaha, dalam masa yg amat-amat terhad ni (hanya tinggal seminggu sebelum final examnya bermula).

ok, akak sendiri sebenarnya tak ada tips yang tetap, atau diyakini akan berhasil, akak cuma mampu kongsi, dari pengalaman sendiri mahupun org lain di sekeliling.. akak bahagikan tips kepada dua, tips spiritual (kerohanian) dan tips belajar

untuk tips kerohanian, pertama sekali huda kena yakin dengan sepenuh hati bahawa, kejayaan itu milik Allah, Dia yang menentukan penerimanya, kepada siapa Dia ingin anugerahkan.. semua bergantung kepadaNya, dan pastinya Dia maha adil, maha pengasih, maha penyayang kpd hambaNya.. Jadi, untuk dapatkan kejayaan ni, mintalah dari pemiliknya, empunyanya, Allah swt..

- bermula sekarang, banyakkan doa kepada Allah, tidak hanya selepas solat, tapi bila-bila saja, terutamanya bila nak mula study, bercakap dengan Allah, bagitau Allah, Huda nak berjaya kerana huda sayangkan ayah, nak hadiahkan kejayaaan ni pada ayah.. huda tak tahu setakat mana dapat berbakti selama hayat ayah, sebab tu huda nak gembirakan ayah, dengan kejayaan ni.. bagitau Allah semuanya.. walaupun Allah pada dasarnya tahu apa yang huda nak, apa ada dalam hati huda, tapi Allah nak hambanya merintih dan meminta kpdNya.. luahkan apa yang huda nak pd Dia, dalam doa..

- Lazimkan solat hajat sekurang-kurangya sekali dalam sehari, kalau lebih lagi baik.. tanda huda benar-benar mengharapkan pertolongan Allah, huda betul-betul bergantung kepada Allah, bukan pensyarah atau rakan-rakan.. dalam setiap solat, doa lagi.. doa dalam sujud terakhir, minta dengan Dia, doalah dengan bahasa huda sendiri, Allah faham dan mengerti..

- Jangan tinggal baca al-quran setiap hari, sebab al-quran boleh bersihkan hati, mudahkan ilmu masuk..

- cuba pujuk diri, bangun solat malam, paling kurang sekali sminggu, ni saat yang baik untuk meminta, pada waktu ni hanya kita dengan Allah saja, mintalah, mengadu lah apa saja kepada Dia

- Puasa isnin khamis juga baik untuk sistem dalaman, organ kita.. cubalah lazimkan..

untuk tips belajar, akak rasa tak susah sangat, cuma perlukan kerajinan dan ketekunan, insyaAllah.. selalu genggam harapan ayah, ingat Allah sentiasa ada untuk bantu, insyaAllah semua barrier akan roboh dengan sendirinya..

- untuk subjek yang perlukan pembacaan dan hafalan, akak cadangkan buat peta minda.. akak suka buat, satu bab, satu helai.. sebab akak tak boleh baca kalau nota panjang, jadi demotivated sebab rasa macam terlalu banyak nak cover, dan takut tak sempat.. so ambil point-point penting dalam nota, keluarkan atas sehelai kertas, untuk satu bab.. susun baik-baik topik-topik nya, gunakan highlighter pen untuk bezakan tajuk besar dan sub topic.. bawa nota ni kemana-mana saja.. faham, hafal dan cuba bayangkan apa yang ada atas kertas, lama-lama nanti insyaAllah, bila keluar exam, kita bukan saja tau apa nak tulis, malah kita dapat bayangkan, kat mana jawapan tu berada dalam nota ringkas kita..

- untuk subjek kiraan, tak dapat lari, kena buat banyak latihan.. tapi pertamanya kena faham konsep dia dulu, sebab maths tak boleh dihafal! kena faham dulu.. banyakkan buat previous questions dari paper sem2 lepas..

- mana-mana subjek yg masih blur, unclear, kena tanya kawan yg betul-betul faham, lebih baik, tanya lecturer terus, jangan bertangguh, jangan biarkan perkara yang tak difahami tu begitu saja, dengan anggapan takkan masuk exam.. sebab nanti takut menyesal bila keluar dalam paper.. make sure pergi exam dengan tenang, sebab dah faham semua konsep yang belajar, especially maths!

- jangan abaikan tips yang lecturer bagi, tapi jangan terlalu bergantung, sebab kadang-kadang tak semua tips tu tepat.. baca semua bab dulu, baru tekankan pada tips.. jangan terlalu yakin dengan tips!

akak rasa kdua-dua tips ni tak susah sangat nak buat, cuma kena ada kesungguhan, dan akak percaya huda ada nilai ni dalam diri sekarang.. masa huda amat terhad, tapi tak bermakna huda tak mampu buat.. semuanya balik pada diri huda sendiri..keinginan dan semangat huda untuk berjaya... kita berusaha, Allah yang tentukan.. dan insyaAllah Allah akan takdirkan yang terbaik untuk huda..

macam akak kata, apa yang akak bagi ni tak menjamin kejayaan, walaupun huda dah buat semua, tak semestinya ia suatu kepastian untuk dapat 3.5 above, apa yg huda dapat di akhir sem ni, itu yang terbaik untuk huda.. yakin dan percayalah, sebab Allah tahu apa yang terbaik untuk huda, andai huda dapat nanti bersyukurlah, tapi kalau tak dapat, yakinlah Allah ada perancangan lain untuk huda.. yang penting, ikhlaskan hati, usaha dan doalah kepada Allah, bermula sekarang sehingga selepas dapat keputusannya nanti..

akak tak dapat bantu huda, hanya huda dapat bantu diri diri sendiri, dengan izin Allah.. apapun, akak sentiasa doakan huda, semoga huda dapat mencapai apa yang huda idamkan.. dan semoga ia hadiah yg terbaik untuk ayah huda, namun akak yakin huda sendiri adalah hadiah yg teristimewa dari Allah untuk ayah, ayah huda bertuah Allah kurniakan anak yang sangat baik kepadanya..

akak ucapkan selamat berjaya untuk huda, doa akak selalu bersama huda, semoga Allah sentiasa membantu huda dan meredhai setiap langkah dalam kehidupan huda.. kalau ada apa-apa, akak sdia mendengar dan bantu apa yang mampu..

wassalam

salam sayang
kak ayu

Itu isi email saya kepadanya, saya terharu sebenarnya, bagaimana Allah tunjukkan pada saya, semangat dan jihad seorang anak untuk memberi kebahagiaan kepada si ayah yang sedang sakit, yang tiada harapan (menurut doktor) untuk pulih.. sangat kental hati anak ini.. kepada kita semua, adakah kita ingin tunggu ayah atau ibu kita dijemput ilahi, baru kita nak berbakti kepada mereka? Sekaranglah masanya... huda, adik saya ni sedang berjuang untuk ayahnya, berusaha keras demi menunaikan hasrat si ayah...

Kita bagaimana? seringkali kita meremehkan usaha untuk belajar, kita tidak sedar, bahawa salah satu kebahagiaan ayah bonda itu adalah melihat usaha gigih mereka, mengerah keringat membanting tulang, akhirnya berbaloi dengan kejayaan si anak dalam hidupnya, salah satunya adalah menggenggam segulung ijazah di hari konvokesyen, seterusnya mendapat pekerjaan yang baik dan meneruskan kehidupan dengan aman bahagia.. tapi sebagai anak, jangan sesekali kita lupakan mereka, tatkala ijazah dalam genggaman, rumah besar di depan mata, kereta mewah menjalar di jalan.. ada anak-anak yang tanpa belas kasihan menghantar ibu bapa mereka ke rumah kebajikan, ada yang lebih kejam, membiarkan si ayah, si ibu merempat dijalanan tanpa pembelaan..

Jangan begitu, wahai anak.. kenanglah segala jerih perih, susah payah ibu dan ayah membesarkan mu.. jangan kau balasi mereka dengan tuba, setelah susu mereka sua kan padamu.. sementara mereka masih di sini, bersama kita.. berazamlah untuk membahagiakan mereka, jasa mereka tidak mampu kita balas, hanya yang terdaya adalah membahagiakan mereka, buat mereka senyum sehingga ke akhir nafas mereka.. seandainya mereka telah pergi mendahului kita, doa dan teruslah berdoa untuk kesejahteraan mereka di sana..

Bagi yang masih belajar, kalaupun tidak ingin fikiran tentang dirimu, kenanglah jasa ayah ibumu, hadiahkan kejayaan ini buat mereka.. jangan nanti akhirnya kita menyesal di saat mereka dijemput tuhan, lantaran kekecewaan yang kita lambakkan kepada mereka.. tiada guna lagi penyesalan di saat itu..

Semoga kisah ini ada kesannya di hati kita.. demimu ayah bonda, ku pancang tekad, ku tanam azam, ku semat cita-cita, kuteguhkan pendirian...untukku sedaya upaya membahagiakanmu.. biarlah aku juga menangis tatkala airmata mu menitis, dan inginku lihat kau tersenyum bahagia di saat aku ketawa gembira..

Wassalam

Sunday, October 18, 2009

"... kakak yang janji..."

Assalamualaikum..

Usai jalan-jalan menghirup udara petang di tasik berhampiran kolej kediaman tadi, ternampak adik-adik yang turut beriadah berhampiran, main badminton.. Lalu saya teringat peristiwa balik rumah cuti raya hari tu..

Petang tu, beberapa hari selepas hari raya, saya baru pulang dari kedai dengan abang (adik ke-2 saya).. terus ke dapur, letakkan barang-barang yang dibeli..tengok ma dengan abah tengah menelaah surat khabar, rutin harian keluarga kami, seingat saya sejak kecil lagi, surat khabar menjadi 'juadah' utama setiap hari..

Saya rebahkan badan, letakkan kepala di ribaan ma yang sedang bersila khusyuk menatap surat khabar.. belum sempat melepaskan penat, si kecil (adik ke-3 saya) datang..

Adik : Kak, jom la main badminton, semalam kakak janji nak main badminton dengan adik petang ni

Kakak : Ala, kakak penat la adik.. adik ajak abang la

Adik : (sambil menjeling abangnya) Abang tak nak, lagipun kakak yang janji, bukan abang..

Kakak : (saya diamkan je, tunggu 'hujah' dia yang seterusnya..)

Adik : Tak baik tau kakak, janji pastu tak buat.. Allah marah.. ('keras' pujukan dia)

Kakak : Tapi kakak tak janji silang jari pun (saya menjawab, malas....janji silang jari kelingking- tanda janji yang MESTI dipenuhi, menjadi kebiasaan kami adik beradik, kadang-kadang ma abah pun kena jugak)

Adik : Alah, kalau kakak tak nak, janji silang jari pun kakak tak buat jugak.. Kakak selalu kata pada adik, tak elok berjanji pastu tak buat, tapi kakak pun janji, tapi tak buat jugak (sambil menarik muka masam)

Ma : Kakak, pergi la temankan adik main kejap.. (menyedari akan kebenaran kata-kata si kecil)

Kakak : (Terkedu dengan 'panahan' kata si kecil, terus bangkit..) Ye la.. pergi ambil raket..

Abah : Mm..tu laa.. budak kecik tu bukan boleh janji dengan dia.. selagi tak tunai, macam-macam hujah dia.. (sambil senyum abah mencelah)

Adik berlari riang ke biliknya, sementara saya termenung panjang.. bahana 'ledakan bom atom' dari mulut si kecil tadi.. buat saya beristighfar.. walaupun kepetahannya sering membuatkan orang lain tak larat nak melayan (saya je yang biasa dok menjawab pertanyaan dia yang macam-macam) namun diakui, bibir mungil itu acap kali membuatkan saya tersentak dan terpaku, kepada perkara-perkara kecil yang seringkali kita terlepas pandang..


Dan petang tu, selepas bertahun tak main badminton...
Janji.. Itu yang saya nak kongsikan kali ni.. Bibir kita mudah sekali melafazkan janji, tapi kadang-kadang sukar untuk kita penuhi..

Kita mula berjanji di alam roh lagi, samada kita ingat atau tidak (saya yakin kita memang tak ingat), namun Allah telah ingatkan janji kita kepadaNya dalam firmanNya..

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): “Bukankah Aku tuhan kamu?” Mereka semua menjawab: “Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi”. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: “Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini”. (surah Al-a'raf ayat 172)

Kita bersaksi hanya Allah tuhan yang satu, kita berjanji hanya kepadaNya kita mengabdi.. Namun, bila dilahirkan di muka bumi ini, apakah kita benar-benar ikhlas dengan kesaksian dan janji kita kepada Allah. Adakah tertunai janji untuk menyembah dan meminta hanya kepadaNya.. Dewasa ini kita melihat banyak fenomena di mana pengabdian dan pengharapan tidak lagi diletakkan kepada yang Esa, sebaliknya ramai manusia tertipu dengan dunia, meletakkan sandaran kepada sesama makhluk, walhal makhluk itu tidak punya apa-apa kuasa.. Kita mohon supaya dijauhkan dari tipu daya ini..

Selain janji kepada Allah, tidak dapat tidak kita juga sering mengukirkan janji kepada sesama manusia.. Lafaz insyaAllah selalunya dituturkan selepas janji dipahat.. saya teringat seorang penceramah berkata, selalunya kalau lafaz insyaAllah itu ditutur panjang, maka nampaknya makin berkuranglah harapan yang janji tadi akan ditunaikan.. makin panjang lagi lafaznya, maka makin susut lah harapan.. seringkali lafaz ini digunakan untuk melepaskan diri... apa salahnya, jika kita tak mampu untuk berjanji, berterus-terang sajalah, jangan gunakan nama Allah sebagai alasan.. Bukan kah sungguh hina orang yang menggunakan nama Allah untuk sumpah yang palsu..

Janji juga dikaitkan dengan kaum munafik..

Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu , dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam, beliau bersabda : “Tanda orang munafik itu ada 3, 1) Apabila berkata ia berdusta, 2) Apabila Berjanji ia mengingkari, 3) Apabila diberi Amanah dia berkhianat” (Hadits riwayat Al-Bukhari, nombor 33)

Wah, kalau begitu, janji ni bukan perkara main-main..tentunya kita tak nak termasuk dalam golongan orang munafik..

Begitulah, cerita tentang janji.. nampak remeh tapi sebenarnya berat...sekiranya kanak-kanak pun marah dengan janji yang tidak ditunaikan, apatah lagi Allah, Raja yang Maha Kuasa, Tuhan yang Maha Pencipta.. begitu juga dengan insan-insan lain disekeliling kita.. Oleh itu, sebelum berjanji, pastikan kita mampu menunaikannya.. dan sekiranya sudah berjanji, hendaklah sedaya upaya cuba untuk melaksanakannya.. jangan nanti si penerima janji datang pada kita di akhirat kelak, mengadu pada Allah akan janji-janji yang tidak kita tunaikan, dengan sengaja..

Semoga mendapat manfaat, terutamanya buat saya yang menulis, dan anda yang membaca.. Jangan sesekali memandang enteng atau mudah pada perkara yang kelihatan kecil dan remeh. Jangan sangkakan api yang kecil itu tidak berbahaya, air yang tenang itu tidak akan bergelora kerana silap perhitungannya, api yang kecil boleh mengundang sengsara, air yang tenang mampu membawa bencana.. Semoga berjumpa lagi..

Wassalam

Wednesday, October 14, 2009

kerana buah SABAR itu amat manis rasanya..

Assalamualaikum..

Saya sangat gembira hari ni.. Allah tunjukkan kebesarannya cash !! depan mata saya hari ni.. Ingat tak entri sebelum ni, tentang 2 orang ajk pelaksana yang menjadi 'mangsa' warming up ceramah saya dalam si kancil yang kecil tu??

Petang tadi Allah takdirkan saya jumpa adik-adik ni di mall.. Mereka jerit nama saya, datang peluk dan cium tangan saya dengan wajah yang sangat ceria.. saya menjangkakan mereka masih lagi dalam mood berehat dari kepenatan, maklumlah seharian bertungkus lumus semasa program, dengan pelbagai masalah yang tak sudah-sudah (ni yang mereka adukan pada saya hari tu), ditambah pulak dengan tekanan presentation di hadapan lecturer pada hari berikutnya..

Antara 2 orang yang saya jumpa, seorangnya memang saya cam.. tapi seorang lagi saya tak berapa ingat (alamak!! penyakit lupa saya dah datang ke ni).. Sebaik peluk saya, dia pun berkata..

kak, ni orang (saya) la.. orang (saya) dah pakai tudung dah sekarang...

saya dengan muka keliru meleraikan pelukan dia dan tengok wajah dia dengan penuh tanda tanya...

La... awak?? MasyaAllah, betullah awak... akak tak perasan tadi... saya menjawab

Saya betul-betul terkejut...Dia lah, bersama dengan kawannya yang seorang lagi tu, berada dalam si kancil waktu saya 'berceramah'.. saya betul-betul tak cam... sebab hari sabtu lepas, sewaktu program tu, 5 hari yang lepas saja, dia masih belum bertudung.. dan hari ni, dia datang depan saya dengan bertudung!! MasyaAllah, subhanallah.. saya terkedu seketika.. lalu saya peluk dia sekali lagi.. kali ni saya peluk dia erat-erat, saya kagum dengan kuasa Allah..saya tak ingin mempersoalkan apa sebabnya, atau apa yang menjentik hatinya untuk berubah.. saya hanya mampu lafazkan kesyukuran.. Ingin saja saya bisikkan doa ke telinganya agar dia terus istiqamah begini, malah lebih baik dihari-hari akan datang... namun saya bisikkan saja doa itu di dalam hati saya kerana saya tahu Allah maha Mendengar dan maha Memakbulkan doa..

Terima kasih Ya Allah, kau jadikan aku saksi kebesaran dan keagunganMu.. Dari seorang wanita yang 'biasa-biasa' pakaiannya kepada muslimah yang anggun bertudung.. Ya Allah, siapalah aku untuk menuding jari kepada mereka-mereka yang kelihatan 'biasa-biasa' pada fizikalnya, kerana apabila disapa sinar hidayahMu, mereka mampu menjadi muslimah yang luar biasa..Saya gembira kerana diberi peluang menjadi 'pelakon tambahan' yang terus menerus mendapat ganjaran dari kisah ini..

Bila saya bertanyakan perkembangan program mereka, bagaimana komen pensyarah yang menurut mereka hari tu, adalah seorang pensyarah yang susah nak bagi markah yang baik kepada pelajarnya, bagaimana sambutan ibu bapa di majlis penutup program, bagaimana reaksi para peserta selepas tamat program... mereka beriya-iya menceritakan pengalaman mereka kepada saya..

Apa yang saya dapat simpulkan, semuanya adalah kesan benih SABAR yang mereka tanamkan dalam hati mereka, yang akhirnya membuahkan kemanisan yang tidak dapat dibeli di mana-mana dan tidak dapat diperolehi dengan hanya sekadar kuliah umum di universiti.. saya pun terkejut dengan komen-komen POSITIF mereka berdua (teori positif ni saya dah cerita pada entri lepas).. Semua perkara NEGATIF yang mereka adukan pada saya, disaksikan oleh si kancil hari tu akhirnya bertukar kepada perkara POSITIF..

Hari tu mereka kata, agak susah untuk mendapatkan kerjasama orang kampung.. tapi hari ni mereka terharu bila di akhir majlis, seorang mak cik dari kampung tu, datang kepada mereka dan menangis kerana terharu dengan usaha gigih mereka cuba memberi kesedaran kepada anak-anak kampung itu..

Hari tu mereka kata, susahnya nak handle adik-adik peserta tu sebab mereka seolah-olah tidak mahu terlibat dengan aktiviti yang dijalankan.. tapi hari ni mereka terharu apabila adik-adik peserta tu hantar sms kepada mereka ucapkan terima kasih, dan penghargaan kerana selama ni tiada sesiapa pun yang kisah tentang mereka di kampung tu, mereka gembira dengan aktiviti yang dijalankan dan berharap kakak-kakak dan abang-abang ini akan mengunjungi mereka lagi, nanti..

Hari tu mereka kata, amat risau mengenangkan pensyarah yang mereka gelarkan killer lecturer.. tapi hari ni mereka tersenyum bangga kerana usaha susah payah mereka akhirnya dihargai pensyarah tersebut, malah pensyarah tu hampir menitiskan air mata terharu mengenangkan nasib anak-anak kampung tu, sambil ucapan syabas dan tahniah buat mereka yang memilih anak-anak itu untuk menjalankan program kesukarelawanan mereka

Hari tu mereka kata, dah serik berprogram macam ni, banyak masalah, dan kalau diberi peluang lepas ni pun, mereka berazam tak nak dah sertai.. tapi hari ni mereka bersemangat bercerita kepada saya, kalau boleh mereka nak terlibat lagi dengan program-program sebegini, turun kepada masyarakat, membantu mereka yang serba kekurangan.

Hari tu saya nampak mereka sangat sedih, runsing dan kecewa... tapi hari ni berkat benih SABAR yang mereka tanam, mereka sudah mampu tersenyum dan ketawa, minda mereka juga semakin terbuka melihat kesengsaraan masyarakat yang tidak pernah terbayang di minda selama ini, mereka semakin matang menilai setiap ujian yang datang dalam hidup mereka dan pastinya mereka sekarang disuntik dengan kekuatan dan semangat yang luar biasa..

Semuanya kerana benih SABAR, bayangkan kalau mereka tidak menanam benih ini sepanjang program ini, mungkin mereka berputus asa di pertengahan jalan.. lantas bertindak membatalkan program ini..pastinya mereka tidak akan mendapat hikmah yang Allah cuba sampaikan kepada mereka.. Dari pengamatan saya, Allah bukan saja menurunkan hikmah program bermasalah ini kepada penduduk kampung terbabit, bahkan juga anak-anak disitu, pensyarah mereka, kawan-kawan sekuliah mereka, dan tentunya kepada diri mereka sendiri sebagai penggerak program yang bermatian menahan perasaan dan berperang dengan emosi untuk melunaskan tanggungjawab mereka.. Oh lupa, saya juga ada bahagian dari hikmah kejadian ini.. saya yakin kerana saya dapat merasainya.. sekarang terpulanglah kepada individu-individu yang terbabit dalam kisah ini, samada nak ambil atau abaikan hikmah dari Allah ini.. saya telah mengambilnya, saya yakin adik-adik saya yang berdua ini juga.. Anda bagaimana?

Apa yang penting dari kisah benar ini, jangan sesekali menganggap dugaan dan ujian yang mendatangi kita itu sebagai penghalang dan perencat kekuatan kita, sebaliknya jadikan ia penguat semangat kita, lagikan logam perlu dipanaskan api untuk menjadikannya kuat, begitu juga kita sebagai manusia, dugaan dan ujian adalah 'bahan bakar' untuk menjadikan kita kental dalam menjalani kehidupan seharian.

Akhir kata, yang baik ambillah sebagai pengajaran, yang buruk jadikan sempadan.. Lihatlah alam, diri dan peristiwa yang terjadi dalam kehidupan kita sehari-hari sebagai ilmu tambahan (yang penting dan berguna) buat bekalan sepanjang perjalanan kita sebagai hamba, menuju tuhan yang Esa.. InsyaAllah.. kepada yang sering rasa sedih dan kecewa kerana masalah yang bertimpa-timpa, jangan risau kerana Allah sebenarnya sedang memerhatikan anda dengan penuh kasih sayang dan Allah bermaksud untuk menjadikan anda insan yang kuat dan hebat.. tanpa kesusahan, mana mungkin kita kenal erti kesenangan.. semoga mendapat manfaat..

p/s: hebatnya ukhwah yang Allah semaikan dalam hati kami, saya hanya kenal adik-adik ni melalui sms sehari sebelum program berlangsung, dan hanya bersua muka pada hari program, namun saya dapat rasakan seolah-olah kami sudah bertahun kenal.. mereka boleh terus meluahkan masalah dan rintihan mereka pada saya, dan saya juga rasa amat selesa dengan mereka.. satu lagi 'hadiah' dari Allah buat saya, dikelilingi oleh adik-adik dan sahabat-sahabat yang walaupun biasanya datang membawa masalah (maksud saya bercerita) kepada saya, namun perginya mereka (bukan selamanya) meninggalkan saya dengan pelbagai pengajaran yang tidak ternilai harganya.. Syukur padaMu ya Allah..

Wassalam..

MANUSIA vs ROBOT = 'Subjek Baru'

Assalamualaikum..

Sihat ke semua? Diharapkan bukan saja jasadnya, malah hatinya, dan yang penting IMAN nya juga sihat.. Lafaz kesyukuran dari dalam hati terbit ke bibir, buat Allah yang maha Kuasa atas limpah rahmat dan kasih sayangnya, diizinkan jasad ini dan roh ini masih bersatu dalam ketaatan kepadanya, Alhamdulillah...

Banyak benar nak dikongsi dalam teratak maya ni, tapi bila mata menjeling je kelendar mini kat sebelah laptop ni, terus pujuk hati... bersabar.. pentingkan yang lebih penting.. dan pagi ni, sebagai ganjaran atas keberjayaan (betul ke ni, maaf DBP) saya menyiapkan separuh dari kerja yang perlu, maka saya pun beri hadiah kepada diri iaitu membenarkan entri dimasukkan di sini..
Apa kaitan dengan tajuk di atas? nanti ada pulak yang kata saya terkeluar tajuk.. he he.. rutin yang tak elok untuk seorang pensyarah (kelak insyaAllah) ni.. Ceritanya macam ni..

Hari sabtu lepas, saya dijemput oleh mahasiswa UUM untuk bagi perkongsian di salah sebuah program yang mereka anjurkan, tempatnya kita tak payah cerita la ya.. yang penting kisahnya dan pengajarannya.. program ini untuk adik-adik tingkatan 1 hingga 5, dan slotnya berkisar tentang kasih sayang dan pengorbanan ibu bapa kepada anak-anak ni.. saya berikan tajuknya "Kasih Hingga ke Syurga"

Ketika dalam perjalanan, bersama 2 orang penggerak program ni, saya dah warming up untuk ceramah dah.. maksudnya?? Dalam si kancil kecil tu saya berceramah kepada 2 orang adik ni, alahai.. kesian mereka... sebenarnya, sepanjang perjalanan, ditambah dengan 'aktiviti makan langsat' (sesat) kat tengah jalan tu, adik-adik ni bercerita tentang pelbagai masalah mereka sepanjang nak menjayakan program ni, dengan masalah kewangannya, masalah komunikasi dengan ajknya, masalah dengan orang-orang kampungnya, ragam para pesertanya... macam-macam masalah kata mereka, sejak dari fasa perancangan, hingga fasa fasa perlaksanaan pada hari tu...

Saya lebih banyak diam dan mendengar, membiarkan mereka bercerita, sesekali saja saya mencelah.. sebab saya nak tunggu untuk bab 'kesimpulan', biar mereka conquer bahagian 'isi dan huraian'.. he he

Sebaik mereka habiskan cerita dengan keluhan, serik dah berprogram macam ni dan seakan berazam tak nak dah terlibat dengan aktiviti sebegini (program ni program kesukarelawanan sebenarnya), saya pun 'masuk' la dengan kesimpulan saya.. Saya katakan pada mereka, ada benda yang Allah nak ajarkan kepada mereka, ada sebab kenapa Allah titipkan masalah demi masalah kepada mereka.. pertama, kerana Allah nak bagi mereka 'markah' lebih... kedua kerana Allah nak khabarkan kepada mereka betapa manusia ni ada pelbagai ragam, dan Allah nak ajar bagaimana nak berhadapan dengan kepelbagaian ragam manusia ni, pastinya buah SABAR diperlukan..dan sabar itu bukan pada bibir saja, tapi pada perasaan dan hati dan kemudiannya digerakkan oleh jasad dan pancaindera.. semua orang boleh kata dia ni adalah penyabar orangnya, tapi dugaan macam ni la sebenarnya menentukan tahap kesabaran seseorang..

Saya sambung lagi 'kesimpulan' saya, sambil mereka berdua tekun mendengar, sesekali mengangguk setuju, sesekali ketawa kecil (saya pun lega dengar mereka ketawa, hilang sikit stress mereka hendaknya).. saya kata lagi, berkomunikasi dan berhadapan dengan manusia ni amat mencabar, sebab mereka MANUSIA.. bukan ROBOT.. kalau robot senang, kalau tak suka kita boleh off kan suis nya, tapi kalau manusia, yang juga punya hati dan perasaan disebalik ragamnya tu, kena lah kita berhati-hati, ada tempatnya perlu kita mengalah, ada tempatnya kita perlu bertegas, semuanya perlu kemahiran tu, dan Allah telah beri mereka pelajaran tentang kemahiran tu sepanjang program ni, pelajaran ni tak kan ditemui di kelas-kelas biasa, di kuliah-kuliah harian di universiti..

Nampak tak, betapa berharganya 'subjek' yang mereka belajar selama menguruskan program ni. tu baru sikit, kalau mereka gali lagi, maka akan timbul lebih banyak 'subjek-subjek baru' yang telah Allah ajarkan pada mereka.. jadi, positiflah dalam menilai kehidupan dan setiap apa yang berlaku di sekeliling kita.. Kalau kita menerima dugaan dengan keadaan marah, tak puas hati dan kecewa, maka kita takkan nampak akan kebaikan, hikmah dan pengajaran Allah pada kita.. rugilah kita camni..Saya lega bila mereka nampaknya telah 'membuka mata' untuk melihat dan meneliti hikmahnya kesusahan mereka.. saya juga bersyukur kerana Allah mentakdirkan saya sebagai 'pelakon tambahan' dalam kisah mereka.. kerana saya juga mendapat ganjarannya..

Saya pun banyak belajar pada hari tu, belajar dari adik-adik ni tentang cara melihat kehidupan.. setiap kejadian yang sama, boleh dilihat dan dinilai oleh orang yang berbeza dari perspektif yang berbeza.. yang menilai dari aspek positif akan mendapat nilai positifnya, dan hati pun tenang dan redha terima ketetapan Ilahi, tapi kalau pandang dari sudut negatif saja, maka hanya kekecewaan dan amarah je la yang akan kita dapat.

Begitupun, dalam kehidupan kita seharian, takkan lepas dari berhubung dengan manusia (pesanan: jangan jadi kera sumbang!!).. jadi dalam bersahabat, atau berkomunikasi dengan orang-orang disekeliling kita, hendaklah kita sentiasa waspada.. jangan sampai ada hati terluka sebab kita terleka, jangan ada hati terguris kerana kita berlaku sinis.. sebagaimana kita ingin dihargai dan dihormati, begitu juga mereka..

Jadi, pengajaran dari kisah ni..

PERTAMA- Sabar dalam menempuh ujian, sentiasa percaya Allah ada nak ajarkan kita sesuatu, hanya kita perlu menggali dan menggali hikmahnya..

KEDUA- lihatlah kehidupan ini secara positif, maka kita akan tenang, hati pun gembira selalu..

KETIGA- Berlaku adil dan bijaklah dalam berkomukasi dan bergaul dengan insan-insan disisi kita, jangan sampai perbuatan kita menyebabkan mereka tersinggung atau terluka, selalu peka (bukan pekak) pada perubahan emosi mereka (bagi sahabat yang akrab atau keluarga terdekat) dan cubalah menjadi sahabat yang setia.. Pada saya (maksudnya, pendapat saya sendiri..) kadang-kadang melukakan hati sendiri untuk membahagiakan orang lain itu memang amat memeritkan, tapi melihat dia tersenyum girang dan ketawa bahagia itu akan secara sendirinya mengubat kelukaan hati.. dan mungkin (bagi saya), senyumannya itu sudah cukup membahagiakan, walaupun terpaksa menoreh hati sendiri..

Baiklah, semoga mendapat pengajaran.. ni baru kisah dalam kereta, belum kisah di tempat kejadian, bersama gadis-gadis melayu yang menjadi peserta program ni, banyak sungguh Allah ajarkan saya hikmah pada hari tu.. nantilah ada kesempatan nanti saya ceritakan, apa yang saya dapat dari adik-adik peserta pulak.. waa..(sambil tersenyum), sangat berbaloi perjalanan saya, tak terbanding dengan 'subjek baru' yang saya dapat..

Semoga kita semua sentiasa di bukakan hati dan minda untuk menerima hidayah dan hikmah dari Allah.. InsyaAllah.. Jumpa lagi dilain entri ya..

Wassalam

Wednesday, October 7, 2009

Tragedi Oktober ??

Assalamualaikum...

Lama sungguh rasanya tak mencatat di sini.. sekadar menjengah tanpa meninggalkan jejak, walaupun rindu pada teratak ini membuak-buak..

Syukur pada Allah, jari-jemari ini masih mampu berlarian kencang, sepasang mata ini juga masih mampu menatap alam dengan penuh nikmat, begitu juga pancaindera dan anggota yang lain masih diberi keizinan oleh Allah untuk terus berkhidmat kepada jasad..

Tragedi Oktober?? Taklah, ni bukan tentang lagu Awie tu.. kisah di awal bulan Oktober sebenarnya..

Awal Oktober berlalu dengan pelbagai kisah.. pastinya ada pelbagai hikmah juga, samada yang tersirat ataupun yang tersurat.. Lebih bermakna sesuatu kejadian atau peristiwa sekiranya kita melihat dari pelbagai sudut dan perspektif, jangan hanya menjadi saksi kejadian atau pelakon utama mahupun tambahan yang sekadar memeriahkan suasana.. sebaliknya ambillah iktibar, fikir dan renunglah hikmah yang Allah cuba sampaikan melalui setiap babak yang berlaku dalam kehidupan kita..

Kisah 1: Sehari yang memenatkan tapi menyeronokkan

Jumaat lalu, saya mendapat dua undangan ceramah.. satunya nun jauh di Pendang, dan satu lagi di Kampus Utama UUM sendiri.. Mendapat jemputan saat-saat akhir, mulanya saya keberatan untuk menerima jemputan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kubur Panjang, Pendang. Tetapi memikirkan hikmah yang Allah bakal ajarkan pada saya, digagahkan juga untuk menerima, sedang dalam kepala ligat memikirkan risiko terlewat untuk ke satu lagi jemputan di UUM pada sebelah petangnya..

Dan malam sebelum tu, bertungkus lumus la saya siapkan dua presentation slide, untuk adik-adik tingkatan enam di Pendang lebih menjurus kepada ceramah motivasi yang bertajuk, 'Dimana destinasi senyumanmu' sempena program See You di IPT anjuran salah satu kolej kediaman di UUM, saya pun senyum sakan bila dengar tajuk ni, pandai betul penganjur cari tajuk! dan slide untuk petangnya bertajuk, 'Antara akademik, dakwah dan kepimpinan' anjuran MPP UUM untuk program Seminar Kepimpinan Islam Sempena majlis konvokesyen ke-22 UUM.

Bersama AJK program ke Pendang pagi tu, saya berdoa semoga Allah permudahkan urusan saya.. Jangan la saya pengsan sebelum selesai kedua-dua slot, dengan bekalan 2 jam je tidur malamnya tadi, risau jugak saya.. Namun alhamdulillah segalanya berjalan lancar di Pendang.. Saya kongsikan dengan mereka kepentingan ilmu, melalui game 'Sayang si Buta' dan juga beberapa teori seperti Kuasa Memilih, Anda Penentu Kejayaan dan Mula Sekarang..

Kemudian saya tinggalkan adik-adik di Pendang dan bergegas kembali ke kampus.. walaupun sedikit terkilan sebab slide yang saya rasakan tidak begitu 'kaya' dengan input yang bernas dan mantap, namun saya akur dengan kekangan masa yang saya ada.. dan bersyukur kerana segalanya berjalan dengan baik alhamdulillah.. saya hanya doakan semoga mereka juga mampu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.. sempat saya melelapkan mata sekejap sepanjang perjalanan kembali ke kampus..

Usai solat zohor, saya bergegas pula ke destinasi ceramah seterusnya, saya menjangkakan kehadiran peserta yang tidak ramai, tapi nampaknya sangkaan saya meleset, sangat seronok melihat muka-muka fresh yang memenuhi dewan, walaupun keletihan namun semangat saya kembali memuncak.. tapi badan pula mula menggeletar kepenatan.. sangat lama rasanya menantikan pengerusi majlis membaca profil saya, saya dah tak sabar nak pegang mic, sebab itu sajalah ubatnya nak hilangkan menggeletar ni (pelik kan?!).. Sebaik saya pegang mic tu, terus hilang kepenatan saya (kan dah kata...). Selama lebih kurang 2 jam saya berceloteh dan berkongsi dengan mereka, alhamdulillah saya sempat kongsikan beberapa perkara yang lebih kepada bagaimana untuk seimbangkan akademik, dakwah dan kepimpinan.. saya bawakan teori Air Hujan kepada mereka..dan saya tekankan juga, tidak mustahil.. malah seharusnya seorang pemimpin itu cemerlang bukan sekadar dalam kepimpinannya, malah akademik dan gerak kerja dakwahnya..

Saya teramat penat petang tu, tapi sangat gembira kerana diberi peluang oleh Allah untuk bersama adik-adik tingkatan 6 dan mahasiswa UUM yang begitu bersemangat untuk menjadi pemimpin Islam yang cemerlang ni.. semoga mereka mendapat manfaat, begitu juga dengan saya

Kisah 2: Cerita Konvokesyen

Konvokesyen sidang ke-2 kali ni, saya berpeluang jadi 'ummi' kepada kawan saya.. memandangkan mak dan ayah dia tak dapat hadir, jadi saya diminta temankan dia sebagai waris.. sangat berlainan saya rasakan.. pada sidang pertama, saya di kerusi depan, sebagai graduan dan kali ini sebagai waris di kerusi belakang.. melihat gelagat graduan saat perarakan masuk ke dewan utama, saya seakan dapat rasa keseronokan mereka.. manakan tidak, wajah-wajah itu seakan jadi cerminan perasaan gembira saya ketika bergraduasi 7 bulan lalu.. seronok, teruja, terharu, bangga.. semua ada.. hanya graduan yang faham perasaan graduan.. he he.. tu belum lagi gelagat waris di belakang.. saya dapat rasakan keterujaan para ibu dan bapa menantikan nama anak mereka dipanggil untuk menerima ijazah.. itulah wajah-wajah bangga ibu dan ayah saat melihat anak mereka berjaya menamatkan pelajaran di menara gading.. Ibu bapa tidak mengharapkan apa-apa balasan atas susah payah mereka menyekolahkan kita sehingga peringkat tertinggi, hanya mereka ingin dan berharap agar ilmu yang dicedok sepanjang 3, 4 tahun ini dapat menjamin kehidupan yang lebih baik untuk anak-anak mereka.. betapa mulia kasih ayah dan ibu.. sempat saya jeling jubah 3 jalur bila hantarkan jubah kawan.. dalam hati saya berkata, akan saya cuba sedaya upaya agar jubah 3 jalur tu tersarung di tubuh saya, 3 tahun akan datang InsyaAllah.. Ya Allah, permudahkan lah segala urusan hidup kami..

Kisah-kisah lain: 'Gempa Bumi' di Malaysia (??) dan Indonesia

Awal Oktober juga kita dikejutkan dengan kejadian gempa bumi di Padang Indonesia, di Malaysia pula kalut dengan persiapan pilihanraya kecil di Bagan Pinang..Semuanya ada hikmah bagi orang-orang yang memerhati.. jadi, lihat dan tafsirlah dengan mata hati...

Begitulah kisah di awal Oktober.. cukup banyak kalau nak diceritakan.. tapi cukuplah buat renungan dan tatapan diri sendiri dan yang membaca.. semoga setiap detik yang berlalu dalam kehidupan kita adalah detik-detik yang mendekatkan diri kita kepada Allah, InsyaAllah..

Wassalam