Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, May 13, 2013

Bahagia pabila Membahagiakan.

BismillahirRahmanirRahim.

Semalam, usrah pasca PRU-13.

Tup-tup, mak usrah bagi ni..

Hadiah menjadi ibu, katanya.




Jeng..jeng..jeng..



Alhamdulillah.... yeaaayyyy!!

Mak usrah macam tahu-tahu ja anak usrah dia ni tengah intai-intai handbag baru!

Rukun usrah berjaya direalisasikan dengan jayanya.

Daripada Aisyah r.a. “Sesiapa yang memasukkan kegembiraan ke dalam keluarga orang Islam, Allah tidak redha balasan untuknya kecuali syurga.” At-Tabrani

Wah, menggembirakan orang lain, ganjarannya adalah SYURGA!

Saya doa Allah ganjarkan syurga kepada mak naqibah saya yang telah menggembirakan saya, insyaAllah.

Eh, saya pun nak juga ganjaran menggembirakan orang lain.

Intai kiri, kanan.

Ok, 'mangsa' sudah dikenalpasti.. he he..

Mangsa- di sebelah kiri dalam gambar.

Semalam juga, ulangtahun kelahiran abu Arsyad.

Jadi..



Mexican Rainbow ni untuk abi.

Semoga abi gembira & ummi berjaya menggembirakan.

Tapi, macam ummi ja yang lebih gembira.. he he..

Abi sesudu, ummi dua sudu.

Macam cerita P. Ramlee.

"Satu untuk kau, dua untuk aku"

he he..

Selamat hari ulangtahun kelahiran, abang.

Tiada hadiah yang mampu diberikan, selain untaian doa yang berterusan, insyaAllah.

Apabila Allah mentakdirkan kita menerima, apa kata kita anggap ia galakan dari Allah untuk kita memberi pula.

Sesungguhnya, bahagia itu apabila membahagiakan.

p/s: dah kenalpasti 'mangsa' anda??

No comments: