Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 16, 2013

Surprise untuk Abi: Projek BESAR ummi & Arsyad, pagi ni!

Assalamualaikum.

Abi oh abi..!

Ummi dengan Arsyad ada projek BESAR pagi ni.

Eh, Arsyad tak pergi school ke?

Pergi. Tapi..he he..

Ok, ini bahan-bahan yang diperlukan untuk projek kami.


Beg sekolah Arsyad.

Payung.

'Rocket' Arsyad.

Ha, rasa-rasanya abi dapat agak tak? he he..

Dan tentunya....


Arsyad & ummi.

Jeng..jeng..jeng..

Arsyad pergi school dengan rocket Arsyad hari ni, abi..

Memandangkan tak ada jurukamera, ummi letak gambar ni je lah.. he he..


Best Abi, Alhamdulillah. Arsyad bersenam dengan ummi hari ni (tapi ummi yang berpeluh, Arsyad ralit tengok pokok-pokok dan burung-burung, sampai nak terlena bila sampai school). Bila Arsyad dah besar nanti, Arsyad nak main lumba lari lah dengan ummi dengan abi. Boleh? Ummi kata, ummi pernah baca satu hadis, diriwayatkan oleh Ahmad bin Abdullah bin Harits r.a:

"Rasulullah saw membariskan Abdullah, Ubaidullah dan beberapa anak lainnya dari cucu Abbas r.a. Kemudian baginda bersabda, 'Siapa yang boleh sampai kepadaku terlebih dahulu, maka dia akan mendapat hadiah demikian dan demikian'. Mereka pun beradu cepat ke arah baginda lalu memeluk punggung dan dada baginda. Baginda mencium dan memeluk mereka."

Sweetnya Rasulullah ni abi. Nanti abi cerita pada Arsyad tentang Rasulullah saw ya. Oh ummi kata dia baca hadis tu dalam buku Prophetic Parenting: Cara Nabi Mendidik Anak.

Ok lah, Arsyad dah pergi school, abi dah pergi school, ummi pun kena pergi school, tau!

p/s: Arsyad dah ada label sendiri di blog ummi ni..he he..

Wassalam.

No comments: