"Ayah, ayah pergi dengan kereta kawan ayah kan?", tanya ibu kepada sepasang putera dan puteri kepada si suaminya.
"Hmm..", jawab si suami, ringkas.
"Maaf lah, ibu tanya ayah banyak kali. Ibu nak pastikan saja. Ibu risau kalau ayah pergi mesyuarat tu dengan motosikal. Maklumlah sekarang ni selalu hujan, tempat mesyuarat tu pulak boleh tahan jauhnya", sambung si isteri sambil mengemaskan keperluan si suami. Baju-baju si suami dilipat dan dimasukkan ke dalam beg sandang besar berwarna merah.
Si suami masih diam membatu. Papan kekunci laptop diketuk-ketuk. Beberapa dokumen perlu disiapkan sebelum mesyuarat berlangsung. Matanya tertumpu di skrin. Dia nampak khusyuk, tetapi sebenarnya hatinya tidak keruan. Ada perasaan bersalah menikam-nikam hatinya.
"Ini tak boleh jadi", bisik hatinya. Matanya beredar kepada si isteri yang sedang bertimpuh di atas katil, dikelilingi baju-baju yang sudah dan belum dilipat.
Si suami bangun dari kerusinya lalu menghampiri isterinya. Dipeluknya si isteri dari belakang. Si isteri terkejut. Namun belum sempat si isteri bersuara, si suami terlebih dahulu berbisik perlahan.
"Ibu, ayah minta maaf", pinta si suami.
"Sebenarnya ayah pergi dengan kawan ayah, naik motorsikal", sambung si suami lagi.
"..tapi ayah kata ayah tumpang kereta kawan ayah", pintas si isteri, tanpa sempat si suami berbicara lanjut.
"Ayah minta maaf, ayah cuma tak nak ibu risau", terang si suami.
Nyata, pujukan si suami tidak berhasil. Si isteri makan hati, terkilan kerana ditipu, lantas si isteri meleraikan pelukan suami lalu bangkit dari katil.
"Ayah tipu ibu. Ibu betul-betul ingat ayah pergi dengan kereta kawan ayah. Sampai hati ayah tipu ibu", kata si isteri-terkilan.
Bersambung...